Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Bekam dan Facial Alor Setar

Berbekam kurangkan kesakitan SABTU, 29 SEPTEMBER 2018 @ 11:15 AM Ketika proses berbekam dijalankan. Oleh Hidayah Mohammad Amalan berbekam mengeluarkan darah kotor dalam tubuh berupaya mengurangkan gejala penyakit. Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah. Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius. Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah. Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah. Turunkan paras insulin dalam darah Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insul